Nenek 70 tahun diperkosa bergilir-gilir jiran sendiri

Iklan
Seorang wanita berusia 70 tahun berdepan detik hitam apabila diperkosa secara bergilir-gilir oleh dua jirannya. - Gambar Hiasan.

RAJASTHAN - Seorang wanita berusia 70 tahun berdepan detik hitam apabila diperkosa secara bergilir-gilir oleh dua jirannya selepas mereka menceroboh masuk ke rumahnya di daerah Alwar, Rajasthan di India.

Pelaku berjaya diberkas dalam tempoh 30 minit selepas aduan dibuat.

Iklan
Iklan

Pasukan penyiasat telah menjalankan pemeriksaan perubatan terhadap mangsa, mengumpul bukti forensik dan merekodkan keterangannya sebagai sebahagian daripada siasatan.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang nyenyak tidur pada 21 Julai lalu.

Iklan

"Anak lelakinya bingkas bangun selepas terdengar tangisan mangsa meminta tolong. Kedua-dua perogol itu sempat melarikan diri sebelum ditangkap tidak lama kemudian.

"Siasatan akan diselesaikan secepat mungkin dan pihak berkuasa akan berusaha memastikan kes berkenaan dibicarakan pada kadar segera," ujar jurucakap polis, Joginder Singh Rajawat yang menyifatkan ia sebagai kes yang 'amat serius'. - Agensi

Iklan