Tiada pihak kebal undang-undang jika dikaitkan dalam laporan RCI TH - Ahmad Zahid

Iklan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kaum India di Port Dickson. - Bernama

TAMPIN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pihak yang kebal daripada undang-undang sekiranya nama mereka dikaitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata dapatan daripada siasatan dan kajian RCI itu perlu diketahui secara telus dan sekiranya terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pecah amanah atau salah laku lain, tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut proses undang-undang.

Iklan
Iklan

"RCI adalah Suruhanjaya Diraja yang melakukan siasatan, dan dapatan daripada siasatan dan kajian itu harus diketahui secara telus dan selepas itu jika ada sebarang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pecah amanah dan lain-lain malpractices, ada prosesnya untuk dibuat laporan polis dan siasatan dari segi jenayah perdagangan dan aspek perundangan yang lain, itu boleh dilakukan kemudiannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Azhan Md Othman, di sini, hari ini.

Iklan

Mengulas sama ada pendedahan laporan itu akan memberi kesan terhadap kempen BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau tidak fikir perkara itu akan memberi pengaruh kerana rakyat, khususnya pengundi di negeri itu, mampu membuat penilaian secara matang dan bijak.

"Jadi, kalau ada niatnya tidak betul, saya harap niat itu akan dibolak-balikkan hatinya oleh Allah SWT," katanya.

Iklan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini melahirkan keyakinan bahawa Jemaah Menteri akan bersetuju dengan cadangan untuk mendedahkan laporan RCI berhubung TH kepada umum selepas  dibawa untuk pertimbangan Kabinet.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan langkah menangguhkan pendedahan laporan berkenaan sebelum ini adalah kerana kerajaan tidak mahu keyakinan terhadap TH terjejas.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan kini sudah berbeza apabila institusi berkenaan berjaya dipulihkan dan menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini 28 Julai, manakala hari mengundi pada 1 Ogos. - Bernama