KUALA LANGAT - Seorang penuntut wanita sebuah institusi pendidikan di sini direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi di rumah sampah sebuah blok asrama.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, tempoh reman remaja itu bermula pada Sabtu.
Iklan
Iklan
"Siasatan masih dijalankan berhubung kes penemuan mayat bayi itu.
Pada Jumaat lalu, sebuah institusi pendidikan di Kuala Langat dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kain di rumah sampah blok asrama institusi berkenaan.
Laporan diterima polis kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum membawa kepada penahanan seorang penuntut perempuan institusi berkenaan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222.