AS: Sekatan tentera laut terhadap Iran masih berkuat kuasa

Iklan
Kapal-kapal yang melalui Teluk Oman dirakam di luar pesisir Muscat pada 25 Julai 2026. Satu insiden membabitkan sebuah kapal tangki dan pasukan tentera yang tidak dikenal pasti dilaporkan berlaku pada 25 Julai berhampiran laluan perairan Selat Hormuz, menurut pemantau Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom. - AFP

ISTANBUL - Sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran masih berkuat kuasa sepenuhnya, menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Setakat 25 Julai, tentera AS telah mengubah haluan 12 kapal komersial yang cuba menembusi sekatan itu, melumpuhkan dua kapal yang enggan mematuhi arahan serta menaiki dua lagi kapal bagi mengesahkan pematuhan, menurut CENTCOM dalam satu kenyataan di platform media sosial X.

Iklan
Iklan

Tentera AS selesai menjalankan pemeriksaan ke atas kapal tangki minyak M/T Charminar yang berdaftar di Comoros di Laut Arab pada awal Sabtu, sebelum kapal itu meneruskan pelayaran, menurut CENTCOM.

CENTCOM turut memaklumkan bahawa tentera AS melumpuhkan M/T Lavine yang berdaftar di Mozambique di Teluk Oman pada Jumaat selepas anak kapalnya berulang kali cuba melanggar sekatan itu dan mengabaikan beberapa amaran.

Iklan

Kapal itu tidak lagi menuju ke Iran, menurut CENTCOM. - Bernama 

 

Iklan