Wanita hilang ditemukan rentung dalam kereta EV

Iklan
Mayat seorang wanita berusia 45 tahun ditemukan rentung di dalam sebuah kereta elektrik.

KATHMANDU - Mayat seorang wanita berusia 45 tahun ditemukan rentung di dalam sebuah kereta elektrik (EV) yang diparkir di Kalebase, Tarakeshwar-1 pada petang Sabtu, lapor portal Nepal News.

Mangsa, Rashmi Rijal berasal dari Tarakeshwar-9 dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Senior Superintendan Dilip Ghimire yang mengetuai Polis Daerah Kathmandu mengesahkan, keluarga Rashmi ada membuat laporan orang hilang selepas wanita itu keluar dari rumahnya kira-kira jam 7 pagi Jumaat dengan telefon bimbitnya dimatikan.

Pasukan keselamatan menemukan kenderaan mangsa di Tarakeshwar dengan Rashmi dalam keadaan rentung di dalam kereta tersebut.

Iklan

Beliau turut memaklumkan pihak polis sedang meneliti semua kemungkinan bagi menentukan kronologi sebenar kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pengajian Universiti Tribhuvan di Maharajgunj untuk proses bedah siasat.

Iklan

Siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan.