Penghuni depot imigresen kumpulan pertama laksana DPP - Saifuddin Nasution
Iklan
Saifuddin Nasution bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Penjara Malaysia di Tanjung Piandang hari ini. - Foto: Bernama
PARIT BUNTAR - Kerajaan akan memulakan pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) melibatkan penghuni depot imigresen sebagai kumpulan pertama dalam inisiatif mewujudkan sistem pendaftaran pelarian dikendalikan sendiri oleh Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini, terdapat kira-kira 21,000 penghuni depot imigresen di seluruh negara dengan lebih kurang 4,000 daripadanya mendakwa mempunyai status pelarian.
Iklan
Iklan
"Berkaitan pengurusan pelarian di negara kita, perkara ini di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang menjalankan proses pendaftaran, verifikasi, pengeluaran kad dan sebagainya.
"Adakah kita berpuas hati sepenuhnya dengan kaedah ini? Tidak sepenuhnya dan disebabkan itu kerajaan mengambil pendekatan kedua, iaitu melaksanakan sendiri proses pendaftaran pelarian,” katanya.
Iklan
Saifuddin Nasution berkata demikian selepas merasmikan Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Penjara Malaysia 2026 di Dewan PDT Kampung Piandang, di sini hari ini.
Hadir sama Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman.
Iklan
Saifuddin Nasution berkata, status sebenar hanya akan ditentukan melalui proses verifikasi, iaitu melalui tapisan keselamatan oleh pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Imigresen (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Selepas semua proses itu selesai, Kerajaan Malaysia akan membuat keputusan jika seseorang itu benar-benar layak diberikan status pelarian atau tidak. Pada masa ini, angka yang kita terima daripada UNHCR (jumlah pelarian) kira-kira 190,000 atau 200,000 orang.
"Apabila melaksanakan sendiri proses pendataan, kita akan mempunyai maklumat yang lengkap seperti nama, alamat, umur, jantina, kemahiran serta data biometrik termasuk pengecaman wajah dan iris mata. Semuanya direkodkan,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata pemilikan DPP bagaimanapun tidak mengubah kaedah penyelesaian terhadap pelarian, iaitu sama ada ditempatkan ke negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal apabila keadaan di negara itu kembali aman. - Bernama
Ibu kepada kanak-kanak yang ditemui maut di sebuah rumah inap di Kuala Terengganu mengaku sudah rasa tidak sedap hati kerana kediaman berkenaan tidak dilengkapi jeriji keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
​Nor Azera Ismail, 36, berkata, dia agak terkilan memandangkan niat asal mereka sekeluarga menetap di situ untuk menginap sementara selama dua malam bagi menghadiri seminar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789370/berita/semasa/saya-tak-sedap-hati-tingkap-rumah-inap-tiada-jeriji---ibu-mangsa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.