PRN Negeri Sembilan: Bersatu lancar manifesto garis 9 tunjang utama
Iklan
Muhyiddin (tengah) ketika sidang akhbar selepas melancarkan manifesto parti itu yang menggariskan 76 tawaran di bawah sembilan tunjang utama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. - Foto: Bernama
NILA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini melancarkan manifesto parti itu yang menggariskan sembilan tunjang utama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Manifesto bertemakan"Tawaran Bersatu Demi Nismilan” itu dilancarkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini petang ini.
Iklan
Iklan
Tunjang pertama manifesto itu memberi fokus kepada tadbir urus, diikuti tunjang kedua merangkumi aspek pertumbuhan ekonomi, tunjang ketiga meliputi usaha merancakkan sektor pelancongan dan tunjang keempat merangkumi bidang pertanian dan perladangan.
Tunjang kelima manifesto pula meliputi segmen pendidikan, perihal pemerkasaan golongan belia (tunjang keenam), pemerkasaan wanita (tunjang ketujuh), keperluan warga FELDA (tunjang kelapan) manakala tunjang terakhir menumpukan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Iklan
Iklan
Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jangan cuba pesongkan fakta sejarah, sedia saman - Sanusi"><meta itemprop="description" content="Jangan cuba pesongkan fakta sejarah, sedia saman - Sanusi
Tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman akan dilakukan terhadap mana-mana pihak cuba memanipulasi kenyataan berkaitan sejarah untuk kepentingan politik, tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap pihak yang cuba memutar belit kenyataan beliau ketika menyampaikan ceramah di Negeri Sembilan baru-baru ini.
Artikel:' https://www.sinarharian.com.my/article/789368/berita/politik/jangan-cuba-pesongkan-fakta-sejarah-sedia-saman---sanusi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Sanusimdnor #mbKedah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-25T09:48:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xas19fa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xas19fa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xas19fa"></script>