PRN Negeri Sembilan: PH seru pengundi tunai tanggungjawab pada 1 Ogos

Iklan
Amirudin Shari menjawab pertanyaan wartawan ketika membantu calon PH bagi DUN Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun berkempen di Pekan Linggi hari ini. - Foto: Bernama DUN Linggi menyaksikan saingan tiga penjuru antara Aminuddin; penyandang kerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli; dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zamri Md Said pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

PORT DICKSON - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari menyeru semua pengundi yang layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, 1 Ogos ini.

Beliau berkata, tidak seperti Johor yang memerlukan pengundi menempuh perjalanan jauh, Negeri Sembilan tidak memerlukan tempoh perjalanan yang lama untuk pulang mengundi selain kebanyakan pengundi bekerja di sekitar Lembah Klang.

Iklan
Iklan

"Dengan cuaca yang kurang menentu sekarang, saya tetap menyeru untuk semua pengundi balik melaksanakan tanggungjawab mereka dan memilih apa yang sewajarnya untuk masa depan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program tinjauan mesra bersama calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yang juga Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Pekan Linggi di sini.

Iklan

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PH akan menganjurkan Munajat Perdana pada malam 30 Julai (Khamis) yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebanyak 889,490 pemilih layak mengundi pada PRN kali ini, terdiri daripada 867,151 pengundi biasa, 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis.

Iklan

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos. - Bernama