Dua pelajar perempuan maut rakan baik, belajar di sekolah sama

Iklan
Kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melakukan rutin rondaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

IPOH – Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ditemukan maut berhampiran sebuah bangunan kosong di Buntong di sini pada Jumaat merupakan rakan baik dan belajar di sekolah yang sama.

Kedua-dua mangsa yang mengikuti sesi persekolahan petang itu ditemui selepas kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis

'Anak saya masih pakai baju PJ sama seperti hantar ke sekolah' - Ibu pelajar maut

Iklan

Bagaimanapun, sekitar jam 4.50 petang, dia menerima panggilan memaklumkan anaknya berada di kawasan perumahan kosong berkenaan.

"Saya sempat tengok keadaan dia, masih memakai baju PJ (Pendidikan Jasmani), pakaian sama seperti saya hantar ke sekolah tadi.

Iklan

"Saya tidak tahu kenapa anak saya boleh berada di sini. Sedangkan sebelum ini dia tidak pernah pun datang ke tempat begini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Seela, anak keduanya daripada tiga beradik itu tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap atau mengadu menghadapi masalah di sekolah.

"Anak saya memang pendiam sedikit tetapi sepanjang pengetahuan saya, semua hal sekolah dan pelajaran dia dalam keadaan baik.

"Selama ini, pergi dan balik sekolah, saya yang hantar dan jemput setiap hari. Tak sangka perkara begini boleh berlaku terhadap anak saya," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat selepas pasukan forensik selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

 

 

...............................................

 

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)