BENTONG – Enam lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan berhampiran Klinik Desa Jambu Rias di Jalan Karak Lama di sini menghala Temerloh, awal pagi Sabtu.
Mangsa yang maut tersepit berusia antara 15 tahun hingga 25 tahun.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah Toyota Vios dan sebuah lori satu tan.
"Enam mangsa menaiki Toyota Vios didapati tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, pemandu lori satu tan berusia 31 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital menaiki untuk mendapatkan rawatan manakala kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis.
Mohd Salahuddin memberitahu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja mengeluarkan semua mangsa yang tersepit menggunakan Rescue Tool dan Combi Tool.
Ujarnya, operasi membabitkan tujuh anggota BBP Karak bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan dibantu sembilan anggota BBP Mentakab dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).
"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.40 pagi," katanya.