Trump ancam kenakan tarif ke atas EU susulan denda terhadap syarikat teknologi AS

Iklan
Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON - Presiden Donald Trump pada Jumaat mengancam untuk mengenakan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU) selepas menuduh blok itu menyasarkan syarikat teknologi utama Amerika Syarikat (AS) secara tidak adil menerusi denda bernilai berbilion dolar, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam hantaran di Truth Social, Trump merujuk penalti yang dikenakan terhadap Apple, Meta, Amazon dan Google.

Iklan
Iklan

"Kesatuan Eropah akan menerima padah yang amat besar atas tindakan yang menyalahi undang-undang dan sangat tidak beretika ini,” tulis Trump.

Trump berkata, pentadbirannya akan segera memulakan siasatan mengikut Seksyen 301 terhadap tindakan EU yang disifatkannya sebagai"merompak” syarikat AS dan pembayar cukai negara itu.

Iklan

Beliau turut berkata, penalti yang dikenakan EU"akan dibatalkan sepenuhnya” dan pentadbirannya dijangka mengenakan tarif yang tinggi ke atas blok berkenaan secepat mungkin.

Seksyen 301 Akta Perdagangan AS 1974 memberi kuasa kepada Wakil Perdagangan AS untuk menyiasat amalan perdagangan asing yang dianggap tidak adil atau bersifat diskriminasi dan jika berasas, mengesyorkan tindakan balas termasuk pelaksanaan tarif. - Bernama-Anadolu

Iklan