PRN Negeri Sembilan: PH akan teruskan pentadbiran bersih, berintegriti sekiranya diberi mandat - Anwar

Iklan
Anwar. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, pada 1 Ogos ini.

Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH, memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada PH.

Iklan
Iklan

Pada PRN kali ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan 16 calon daripada PKR, 11 mewakili DAP manakala Amanah, sembilan.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai, manakala 1 Ogos sebagai hari mengundi.

Iklan
Iklan

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9. - Bernama