Mayat lelaki ditemukan 3km dari lokasi jatuh bot

Iklan
Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot fiber di Sungai Batu 6, Kampung Renok, Gua Musang ditemukan pada Jumaat. Foto PDRM

GUA MUSANG – Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot fiber di Sungai Batu 6, Kampung Renok di sini ditemukan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa berusia 27 tahun itu ditemukan kira-kira jam 1 tengah hari di tepi sungai pada jarak 3 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh pada Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, penemuan itu sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak hari pertama kejadian.

"Operasi turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Amal serta penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mangsa berusia 27 tahun itu ditemukan kira-kira jam 1 tengah hari di tepi sungai pada jarak tiga kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh pada Isnin lalu. Foto PDRM

Ujar beliau, sepanjang lima hari operasi dijalankan, pelbagai aset digunakan termasuk bot penyelamat, kenderaan pacuan empat roda, Unit K9 serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM bagi menjejaki mangsa.

Iklan

Katanya, operasi berdepan pelbagai cabaran termasuk arus sungai yang deras, cuaca tidak menentu serta keadaan bentuk muka bumi yang menyukarkan usaha pencarian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut sebelum operasi SAR ditamatkan pada hari yang sama," katanya.

Menurut beliau, operasi pada hari terakhir melibatkan seramai 72 anggota dan sukarelawan daripada pelbagai agensi termasuk PDRM, JBPM, APM, Jabatan Amal serta orang awam dengan sokongan aset darat dan air.

Orang ramai mengerumuni lokasi selepas mayat seorang lelaki ditemukan pada Jumaat. Foto PDRM

Choon Foo memberitahu, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi penyelamat, sukarelawan dan penduduk kampung yang bertungkus-lumus sepanjang operasi dijalankan.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapi ujian itu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti di sungai atau kawasan perairan, terutama ketika musim hujan atau apabila arus sungai berbahaya.

Katanya, kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan amat dihargai.