Kaki judi Piala Dunia ditahan, polis rampas RM190 juta nilai taruhan

Iklan
Polis Hong Kong menahan kaki judi dan merampas lebih RM190 juta nilai taruhan.

HONG KONG – Polis Hong Kong menahan seramai 991 orang dalam operasi anti perjudian Piala Dunia FIFA 2026 bermula Jun sehingga bulan ini.

Memetik portal berita The Standard, pihak berkuasa berjaya merampas rekod pertaruhan bernilai lebih HK$365 juta (RM190 juta).

Iklan
Iklan

Rampasan itu merangkumi wang tunai kira-kira HK$3 juta (RM1.5 juta) dan hasil jenayah yang disyaki sebanyak HK$4.4 juta (RM2.2 juta).

Serbuan ke atas 249 premis yang menjalankan aktiviti perjudian membawa kepada penahanan 645 lelaki dan 346 wanita berusia antara 16 tahun hingga 93 tahun.

Iklan

Kesemuanya berdepan pertuduhan termasuk pertaruhan, mempromosikan atau memudahkan pertaruhan, bertaruh dengan pembuat taruhan, mengendalikan perjudian dan pengubahan wang haram.

Polis turut merampas 43 komputer dan 443 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan sindiket pertaruhan secara haram.

Iklan