Seorang maut, 13 cedera dalam insiden rempuhan di majlis perkahwinan pempengaruh TikTok

Iklan
Cabutan bertuah yang diumumkan sempena majlis itu menarik kehadiran ramai orang sehingga menyebabkan mereka berkumpul di luar stadium. Foto tangkap layar video dawn.today

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 13 yang lain cedera dalam insiden rempuhan ketika majlis perkahwinan di daerah Sialkot, wilayah Punjab di timur Pakistan, menurut pegawai penyelamat pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut pegawai berkenaan, kejadian berlaku di sebuah stadium di Daska Road di daerah itu, lokasi majlis perkahwinan seorang pempengaruh TikTok yang diadakan dengan jemputan terbuka kepada orang ramai.

Iklan
Iklan

Cabutan bertuah yang diumumkan sempena majlis itu menarik kehadiran ramai orang sehingga menyebabkan mereka berkumpul di luar stadium, menurut pegawai berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung insiden berkenaan. - Bernama-Xinhua

Iklan

 

 

Iklan