ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu berkata, Washington akan mengebom sebuah jambatan atau loji jana kuasa di Iran setiap kali Teheran menyerang sebuah kapal dagang di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Bermula dari saat ini, setiap kali Republik Islam Iran melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal di Selat Hormuz, sama ada menggunakan peluru berpandu, roket, dron atau apa jua peranti atau senjata lain, AS akan mengebom dan memusnahkan SATU JAMBATAN ATAU LOJI JANA KUASA, termasuk yang terletak berhampiran atau di dalam ibu negara, Teheran," kata Trump menerusi platform Truth Social.