SPRM terima permohonan tambah pegawai CeIO di FELDA, tingkat integriti organisasi

Iklan
Abd Halim menerima kunjungan hormat FELDA diketuai Suzana di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu. Foto SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima permohonan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi penambahan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dalam memperkasa tadbir urus dan integriti organisasi berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pihaknya menyambut baik hasrat FELDA itu.

Iklan
Iklan

"Permohonan itu membuktikan keyakinan dan kepercayaan berterusan pelbagai pihak terhadap peranan SPRM dalam membanteras jenayah rasuah di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tertinggi FELDA yang diketuai oleh Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Rabu.

Iklan

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut mengadakan perbincangan bagi mengadakan kerjasama strategik selain bertukar pandangan bagi memantapkan lagi organisasi berkenaan.

Sementara itu, Suzana berkata, kunjungan hormat ini bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih kukuh, mampan dan berimpak tinggi demi menyokong agenda pencegahan rasuah negara.

Iklan

Menurutnya, pembudayaan integriti, tadbir urus baik serta akauntabiliti kekal menjadi keutamaan kepimpinan FELDA bagi memastikan organisasi itu terus diyakini oleh kerajaan, peneroka dan pemegang taruh.

Sejajar dengan komitmen tersebut, FELDA melaksanakan Polisi Zero Tolerance Towards Corruption sebagai pendirian tegas bahawa tiada sebarang kompromi terhadap sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa, mahupun penyelewengan.