70,000 usahawan Selangor terselamat daripada pinjaman ah long - Amirudin

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM – Kira-kira 70,000 usahawan Selangor yang mendapat manfaat menerusi Skim Pinjaman Mikro Hijrah berpotensi terhindar daripada terjebak dengan pinjaman ah long yang mengenakan caj bunga tinggi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kewujudan skim pembiayaan mikro yang disediakan kerajaan negeri memberi pilihan kepada usahawan kecil untuk mendapatkan modal perniagaan tanpa perlu bergantung kepada pemberi pinjaman tidak berlesen.

Iklan
Iklan

"Pilihan yang ada kepada mereka mungkin melalui pemberi pinjaman seperti ah long yang mengenakan caj bunga sangat tinggi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Dana Plus Hijrah Selangor di sini pada Selasa.

Amirudin berkata, model Pembiayaan Mikro Hijrah menunjukkan perkembangan positif apabila nilai keseluruhan pembiayaan yang disalurkan kini mencecah kira-kira RM900 juta, iaitu hampir empat kali ganda berbanding dana disediakan kerajaan negeri.

Iklan

Katanya, jumlah itu menunjukkan kelestarian sistem pinjaman mikro itu selain membolehkan dana tersebut terus dipusingkan untuk membantu lebih ramai usahawan.

"Ini menunjukkan sistem pinjaman mikro kita mempunyai tahap kelestarian yang baik, walaupun masih ada isu seperti peminjam yang gagal membuat bayaran," tambah beliau.

Iklan

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri turut memperkenalkan Dana Plus dan Dana Pantas bernilai keseluruhan RM20 juta bagi membantu individu yang kehilangan pekerjaan atau mahu menceburi bidang keusahawanan.

Katanya, kedua-dua dana itu menawarkan pembiayaan tanpa faedah bagi membantu usahawan mikro mendapatkan suntikan modal.

"Dana ini diwujudkan bagi membantu usahawan mikro mendapatkan suntikan modal tanpa dikenakan faedah, sekali gus memberi peluang kepada mereka memulakan atau mengembangkan perniagaan," jelas beliau.