Maxis kenal pasti individu insiden kebocoran maklumat Khairul Aming

Iklan
Respons Maxis susulan pertanyaan dan persoalan dibangkitkan Khairul Aming sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian pada Selasa berkaitan individu yang dapat mengakses maklumat peribadinya dan disebarkan kepada umum.

SHAH ALAM - Maxis mengenal pasti individu dikaitkan dengan insiden akses tanpa kebenaran terhadap butiran akaun seorang pelanggan yang tular di media sosial sejak Isnin.

Syarikat telekomunikasi dalam satu kenyatan berkata, tindakan segera sedang diambil terhadap individu berkenaan.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Fahmi arah MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming

“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya,” katanya pada Selasa.

Iklan

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan dakwaan yang tular di media sosial membabitkan pendedahan maklumat berkaitan akaun pelanggan dipercayai milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming.

Beliau pada Isnin turut mempersoalkan tentang kerahsiaan maklumat berkaitan bil telefon peribadinya sehingga boleh diketahui pihak lain lalu didedahkan secara terbuka di media sosial.

Iklan

Beliau meminta penjelasan daripada syarikatb telekomunikasi mengenai dakwaan kebocoran maklumat bil telefon peribadinya yang dikaitkan dengan seorang pengguna media sosial.

Menurut Maxis, semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya.

“Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.

“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas,” jelasnya lagi.