Jangan politikkan isu tanah Orang Asli - UMNO Pahang
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai isu pertikaian tanah melibatkan masyarakat Orang Asli di Kampung Cot, Mukim Luit, Maran.
KUANTAN - UMNO Pahang berpandangan isu yang melibatkan masyarakat Orang Asli tidak wajar dipolitikkan atau dimanipulasi bagi meraih perhatian serta keuntungan politik.
Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, kebajikan, hak dan masa depan masyarakat Orang Asli merupakan perkara serius yang perlu ditangani secara bertanggungjawab, bukannya menerusi sentimen emosi atau penyebaran maklumat yang tidak tepat di media sosial.
Iklan
Iklan
Menurutnya, parti itu menyambut baik penjelasan yang telah dikemukakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berhubung isu pertikaian tanah melibatkan masyarakat Orang Asli di Kampung Cot, Mukim Luit, Maran.
"Penjelasan yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri memberikan gambaran menyeluruh berdasarkan fakta, rekod rasmi serta kedudukan undang-undang, sekali gus menjawab pelbagai dakwaan yang telah tular di media sosial.
Iklan
"Rekod kerajaan negeri membuktikan bahawa komitmen terhadap masyarakat Orang Asli bukanlah bersifat bermusim, malah dilaksanakan secara konsisten melalui pelbagai dasar dan inisiatif termasuk pewartaan tanah rizab Orang Asli, pemberian hak milik tanah, pembinaan Rumah Rakyat Pahang Orang Asli, bantuan pendidikan, bantuan kebajikan serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan sosioekonomi menerusi ORACO," katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.
Isu pertikaian tanah di Kampung Sungai Cot mendapat perhatian selepas tular video seorang wanita Orang Asli bersama anaknya memohon bantuan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung penahanan suaminya yang dikaitkan dengan pertikaian tanah di kawasan berkenaan.
Iklan
Shahaniza berkata, dalam isu Kampung Cot, kerajaan negeri juga tidak pernah menutup ruang perbincangan.
Jelasnya, sebaliknya, pelbagai siri libat urus telah diadakan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik yang menghormati undang-undang serta menjaga kebajikan individu yang terlibat.
"Sebagai parti yang menjadi tunjang kerajaan negeri, UMNO Pahang menyeru semua pihak agar menghormati proses yang sedang berjalan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat atau membangkitkan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum," katanya.
Ujar Shahaniza, UMNO Pahang berharap usaha mencari jalan penyelesaian yang adil akan terus diperkasakan melalui pendekatan musyawarah, ihsan dan semangat muafakat tanpa mengabaikan prinsip kedaulatan undang-undang.
"Kita yakin di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, kerajaan negeri akan terus mengimbangi antara pembangunan, pemeliharaan hak masyarakat Orang Asli serta kepentingan semua pihak secara adil dan bertanggungjawab.
"Marilah kita bersama-sama mengutamakan fakta, menghormati institusi serta memberi ruang kepada agensi berkaitan menyelesaikan perkara ini secara profesional demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Pahang," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.