MADRID - Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 pada Ahad bertukar tragedi apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas sebahagian struktur sebuah air pancut runtuh ketika sambutan kemenangan 1-0 ke atas Argentina, lapor Xinhua.
Kejadian berlaku awal Isnin di Ciudad Rodrigo, barat laut Madrid ketika para penyokong berkumpul di sekitar air pancut yang terletak di tengah sebuah bulatan jalan untuk meraikan kejayaan pasukan kebangsaan itu.