Pasangan kekasih lari dari polis diberkas
Iklan
Pemuda berusia 25 dan Kekasihnya berusia 18 tahun yang lari daripada polis berjaya ditahan di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.
ALOR GAJAH - Sepasang kekasih ditahan selepas dipercayai melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan cuba melarikan diri daripada polis di di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, pasangan lelaki dan wanita masing-masing berusia 25 dan 18 tahun yang menaiki sebuah kereta kancil dikatakan melanggar melanggar lampu isyarat di persimpangan tiga lampu isyarat Rembia sebelum anggota polis yang ternampak kejadian itu memintanya memberhentikan kenderaan.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, lelaki terbabit yang memandu bertindak agresif serta memecut kenderaan sehingga di sekatan jalan raya Paya Rumput sebelum ditahan kerana kenderaan mereka kehabisan minyak.
Sebelum ini tular dua video memaparkan aksi kejar-mengejar di antara individu yang memandu kereta kancil kelabu dan Unit Kereta Peronda ( MPV) ketika Ops Covid-19 kelmarin.
Iklan
Video berdurasi 1 minit 37 saat dan 1 minit 20 saat itu turut memaparkan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) terus mengejar suspek dan masuk di kawasan taman perumahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden, Arshad Abu berkata, hasil semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala teman wanitanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Iklan
"Siasatan awal polis mendapati tujuan pasangan itu bertemu untuk melepak bersama dan kedua-dua mereka melakukan kesalahan melanggar PKP.
"Kedua-dua mereka direman selama empat hari sehingga Khamis ini dan disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 / Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>