PH nafi dakwaan tak puas hati pemilihan calon DUN Chuah

Iklan
Aminuddin (dua dari kanan) dan Kenny (dua dari kiri) bersama dua lagi calon PH yang bertanding di kawasan Port Dickson.

PORT DICKSON – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menafikan berlaku perpecahan dalam gabungan itu di daerah berkenaan termasuk dakwaan wujudnya ketidakpuasan hati berhubung pemilihan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah.

Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga calon DUN Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, isu berkenaan telah pun diselesaikan dan tidak lagi menjadi masalah dalam kalangan kepimpinan serta jentera parti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemilihan Yew Boon Lye sebagai calon Chuah telah pun dipersetujui parti, malah turut dihormati oleh Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Kenny Chiew Chi Kin.

"Bagaimanapun, Boon Lye telah dipilih sebagai calon PH, sekali gus mempertahankan kerusi tersebut dan Kenny pula telah memberikan sokongan kepada Boon Lye, begitu juga kepada calon-calon PH lain di Port Dickson," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin

Iklan

Sebelum ini tular di media media sosial risalah perbandingan prestasi kerja antara Kenny dan Boon Lye.

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, pelbagai dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya berlaku perpecahan hanyalah persepsi yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu terutama ketika pilihan raya.

Iklan

Kenny (kanan) dan Boon Lye saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Mengulas dakwaan ia mungkin strategi pihak lawan dan beliau enggan menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Itu saya tidak mahu tuduh, tetapi biasalah dalam politik apabila menghadapi pilihan raya banyak perkara boleh berlaku.

"Bagi kami di PH, kita hanya perlu menerangkan situasi sebenar bagi menunjukkan tidak ada perbezaan antara kami. Saya yakin Kenny mahukan kemenangan semua calon PH, bukan sahaja di Port Dickson tetapi di seluruh Negeri Sembilan,"katanya.

Beliau yang juga Ketua Cabang Port Dickson turut berterima kasih kepada Kenny yang terus memberikan sokongan kepada parti walaupun tidak dicalonkan.

"Hari ini juga kita adakan sidang media bagi menunjukkan kebersamaan kita dan menutup segala cerita yang seolah-olah menggambarkan berlaku perpecahan di DUN Chuah dan sebahagian kawasan Port Dickson," katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menggesa semua pihak berkempen secara berintegriti dan mematuhi peraturan sepanjang tempoh pilihan raya.

Pada PRN 2023, Boon Lai berjaya mempertahankan kerusi DUN Chuah dalam saingan dua penjuru apabila memperoleh 8,172 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Tang Jay Son dengan majoriti 6,298.

Dalam persaingan PRN16 kali ini, Boon Lai sekali lagi berdepan saingan dua penjuru menentang calon BN, Pau Jeou Ching.