PM ingatkan jangan serang rakan Kerajaan Perpaduan dalam kempen PRN
Iklan
Anwar ketika sidang media selepas menghadiri program Madani Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan pada Ahad. Foto Bernama
IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan individu yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya menjaga disiplin dan tidak menyerang Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada pilihan raya negeri (PRN).
Bercakap kepada pemberita selepas Program Madani Kita Bersama Komuniti Tambun di sini hari ini, beliau berkata, tindakan itu akan mencetuskan 'medan politik yang parah'.
Iklan
Iklan
Anwar berkata, tindakan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan tertakluk pada disiplin dan jika memilih untuk melanggarnya, mereka perlu berundur.
"​Kita tahu ada parti yang sama di peringkat Persekutuan tapi ada pertarungan di peringkat negeri... tidak apa, dalam sistem demokrasi itu dibolehkan dan masing-masing boleh buat tafsiran.
Iklan
Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama dengan dua timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, gabungan dalam Kerajaan Perpaduan diminta mengawal hubungan baik sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri supaya kekal baik sekali gus boleh terus melaksanakan khidmat kepada rakyat.
Iklan
"​Setakat ini, kita minta mereka kawal supaya hubungan kita di peringkat Persekutuan dan mungkin negeri menjadi lebih erat, kekal baik supaya kerja boleh dijalankan.
"​… dan biarlah kita kawal kalau ada pertarungan pun di peringkat negeri” kata beliau. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>