ISTANBUL - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran menembak jatuh sebuah dron MQ-9 milik Amerika Syarikat (AS) di ruang udara bandar Ahvaz di barat daya Iran, menurut penyiar milik kerajaan Iran, IRIB, pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Setakat ini, pegawai AS belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu.
Iklan
Iklan
Ketegangan antara AS dan Iran semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini berhubung Selat Hormuz, dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan meskipun terdapat perjanjian rangka kerja yang diusahakan menerusi pengantaraan Pakistan bagi menamatkan konflik dan mencapai perjanjian damai yang berkekalan. - Bernama