Puting beliung di selatan AS ragut 30 nyawa
Iklan
WASHINGTON - Lebih 30 orang maut selepas puting beliung membadai seluruh negeri di selatan Amerika Syarikat pada Ahad dan Isnin, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa.
Puting beliung itu dilaporkan membadai negeri seperti Texas, Arkansas, Louisiana, Mississippi, Alabama, Georgia, Carolina Utara dan Selatan serta Tennessee.