[VIDEO] RM650,959 kutipan Larian Kesyukuran untuk rakyat, Syed Saddiq tegaskan tidak akan ambil walau satu sen

Iklan

MUAR – Kutipan Larian Kesyukuran Muar berjumlah RM650,959.21 akan disalurkan sepenuhnya kepada penerima yang layak tanpa mengambil walau satu sen untuk tujuan pengurusan, kata Syed Saddiq Abdul Rahman.

Syed Saddiq (tengah) bergambar dengan penduduk Muar yang menunggu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Muar.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Muar itu berkata, pihaknya memberi komitmen penuh terhadap aspek ketelusan dan akan membentangkan laporan lengkap berserta resit perbelanjaan bagi fasa pertama bantuan yang disalurkan.

Menurutnya, walaupun kebiasaan sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membenarkan sebahagian kutipan digunakan bagi kos pentadbiran, namun pendekatan itu tidak akan digunakan dalam inisiatif berkenaan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya mahu fokus bina rumah tangga dahulu' - Syed Saddiq

Larian Kesyukuran Syed Saddiq kutip lebih RM54,000 pada hari pertama

Iklan

Baru dua hari, Larian Kesyukuran Syed Saddiq sudah kutip lebih RM361,000

Larian Kesyukuran dari Putrajaya ke Muar, Syed Saddiq sasar kutip RM200,000

“Kita mahu pastikan setiap sen yang dikutip disalurkan semula kepada warga Muar. Saya sudah arahkan pasukan supaya jangan sesekali ambil walaupun satu sen daripada kutipan ini.

“Gaji kakitangan akan saya bayar menggunakan duit sendiri atau saya cari jalan lain, tetapi duit ini mesti dipulangkan 100 peratus kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar di sini pada Ahad.

Turut hadir, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang juga tunangnya.

Syed Saddiq berkata, pihaknya turut merancang mengumumkan beberapa bentuk bantuan tambahan termasuk skim berkaitan pendidikan menerusi Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi membantu golongan muda melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada warga Muar dan rakyat Malaysia yang memberikan sokongan sepanjang Larian Kesyukuran sejauh hampir 170 kilometer yang berlangsung selama empat hari.

“Ketika berada kira-kira 10 kilometer dari lokasi penamat, saya menerima sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat walaupun cuaca panas.

“Saya agak terkejut melihat lautan manusia di kiri dan kanan jalan apabila tiba di Laman Maharani sehingga saya sendiri sukar bergerak.

“Ada ketika otot hampir kejang dan rasa seperti mahu pengsan, tetapi sokongan diberikan sedikit sebanyak menambah tenaga untuk saya habiskan larian selama empat hari,” katanya.