1MDB: Lebih AS$1.37 bilion aset dipulangkan kepada Malaysia
Iklan
Azalina Othman. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Lebih AS$1.37 bilion aset yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah berkenaan adalah berdasarkan input yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Iklan
Iklan
"Selain aset yang telah dipulangkan, masih terdapat sejumlah wang dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang sedang ditahan, dibekukan atau tertakluk kepada prosiding pelucuthakan di Amerika Syarikat serta beberapa bidang kuasa asing yang lain,” katanya menerusi jawapan bertulis Parlimen.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu jumlah wang dan aset hasil penyelewengan 1MDB yang sudah dipulangkan oleh Amerika Syarikat setakat ini, serta baki yang masih ditahan negara itu dan negara lain.
Iklan
Mengenai jumlah sebenar wang dan aset yang masih ditahan, dibekukan atau tertakluk kepada prosiding pelucuthakan, Azalina berkata perkara itu tidak dapat ditentukan dengan tepat pada masa ini.
Beliau berkata ini kerana ia bergantung kepada perkembangan semasa prosiding yang sedang berjalan serta perubahan nilai pasaran aset berkenaan dari semasa ke semasa. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar"><meta itemprop="description" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan memerlukan pertambahan subsidi sehingga antara RM50 bilion hingga RM60 bilion setahun jika mahu menurunkan lagi harga RON95 dan diesel menerusi program Budi Madani.
Beliau berkata, ketika ini kerajaan sudah menanggung subsidi bahan api sebanyak RM40 bilion setahun bagi memastikan harga RON95 dan Budi Diesel kekal antara yang terendah di dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788480/berita/nasional/turun-lagi-harga-minyak-subsidi-boleh-cecah-rm60-bilion---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #Subsidi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-19T09:03:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqdkh2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqdkh2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqdkh2"></script>