Runtuhan rumah kedai: Status empat pekerja masih disiasat
Iklan
Keadaan di lokasi kejadian. Gambar kecil: Karuppannan
MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menunggu pengesahan daripada pemilik bangunan bagi memastikan sama ada terdapat pekerja yang terperangkap dalam insiden runtuhan sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Kota Laksamana di sini pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Penguasa Bomba Kanan II, K Karuppannan berkata, pemilik premis berkenaan difahamkan sedang dalam perjalanan ke lokasi bersama beberapa pekerjanya untuk membantu proses pengesahan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, setakat ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat dijalankan berikutan pihak bomba masih menunggu maklumat lengkap selain mengambil kira faktor keselamatan anggota.
“Apabila pasukan tiba di lokasi, kita mendapati bangunan berkenaan sudah runtuh sepenuhnya.
Iklan
“Bagaimanapun, kita belum menerima maklumat lengkap sama ada masih terdapat mangsa yang terperangkap.
Pemilik bangunan memaklumkan semua pekerja telah keluar, namun kita masih perlu mendapatkan pengesahan daripada pekerja yang berada di lokasi ketika kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi.
Iklan
Beliau berkata, pemilik bangunan sebelum ini memaklumkan terdapat empat pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja ubah suai di premis berkenaan.
“Namun, pemilik berada di Kuala Lumpur dan tidak berada di lokasi semasa kejadian. Jadi, kita perlu menunggu pekerja terbabit hadir bagi mengesahkan sama ada semua individu telah keluar dengan selamat.
“Selepas itu, pihak bomba bersama polis akan menjalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat yang diperoleh,” katanya.
Katanya, seramai 10 anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemantauan dan penilaian risiko.
Beliau berkata, keadaan struktur bangunan yang tidak stabil juga menjadi faktor utama pihaknya tidak membenarkan anggota memasuki kawasan runtuhan.
“Kita percaya masih terdapat risiko runtuhan susulan kerana bahagian hadapan dan belakang bangunan telah runtuh dan terdapat bunyi struktur yang masih tidak stabil.
“Kita tidak mahu mempertaruhkan keselamatan anggota, justeru buat masa ini kita menunggu pengesahan daripada pemilik dan pekerja sebelum sebarang tindakan lanjut diambil,” katanya.
Karuppannan berkata, sekiranya disahkan tiada mangsa terperangkap, operasi SAR tidak akan diteruskan dan kerja-kerja pembersihan akan diserahkan kepada pemilik bangunan serta pihak berkuasa tempatan.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat yang dipercayai sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan runtuh dan menghempap dua kenderaan yang diparkir bersebelahan premis berkenaan.
Runtuhan awal dilaporkan berlaku sekitar jam 4.45 petang sebelum disusuli runtuhan kedua yang lebih besar pada jam 5.23 petang, menyebabkan sebuah Toyota Vios dan Proton Iriz rosak akibat dihempap serpihan konkrit serta sisa runtuhan.
Sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat di Taman Kota Laksamana, Melaka yang dipercayai sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan runtuh dan menghempap dua kenderaan yang diparkir bersebelahan premis berkenaan, petang Sabtu.
Runtuhan awal dilaporkan berlaku sekitar jam 4.45 petang sebelum disusuli runtuhan kedua yang lebih besar pada jam 5.23 petang, menyebabkan sebuah Toyota Vios dan Proton Iriz yang diparkir bersebelahan bangunan itu rosak akibat dihempap serpihan konkrit serta sisa runtuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788394/berita/semasa/bangunan-rumah-kedai-senget-sebelum-runtuh-hempap-dua-kereta
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.