TEHERAN - Ketegangan yang kembali memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjejaskan aliran perkapalan di Selat Hormuz apabila jumlah kapal yang melalui laluan itu merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga minggu, menurut data Kpler.
Kpler menerusi hantaran di platform X memaklumkan hanya lapan kapal melalui selat itu pada Khamis, angka terendah dalam tempoh tiga minggu, berbanding 15 kapal pada Rabu.
Dua minggu lepas, sebanyak 48 kapal direkodkan melalui laluan berkenaan.
Sebelum perang tercetus pada akhir Februari, lebih 100 kapal secara purata melalui Selat Hormuz setiap hari. - Bernama-dpa
Iklan
Iklan