JELEBU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah disifatkan sebagai antara empat kerusi di Parlimen Jelebu paling kritikal bagi Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata penyandangnya, Anthony Loke.
Anthony yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga Menteri Pengangkutan berkata, walaupun berdepan pertandingan satu lawan satu, PH yakin mampu mempertahankan kerusi itu berdasarkan rekod perkhidmatan dan pembangunan yang dibawa sepanjang dua penggal mentadbir negeri.
"Kerajaan yang ditubuhkan oleh Pakatan Harapan sejak 2018 telah membuktikan bahawa kita mampu membawa kemajuan dan kestabilan kepada negeri.
"Kita harap mendapat mandat daripada rakyat untuk membentuk semula kerajaan negeri, dan kerusi-kerusi di Parlimen Jelebu ini amat kritikal kerana pada 2018, dua kerusi di sini iaitu Chenah dan Kelawang menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Besar Kuala Klawang, di sini, Sabtu.
Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Jelebu, Abdul Rahim A Aziz mengumumkan DUN Chennah menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Anthony dengan calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16
PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan
PRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calon
PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong
Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan
PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat