KUALA LUMPUR - Polis menyiasat insiden seorang lelaki diganggu dengan ugutan senjata tajam ketika beratur menunggu bas berhampiran sebuah universiti di Wangsa Maju di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat mangsa.