KUALA LUMPUR - Isu keselamatan sekolah yang semakin kompleks memerlukan pendekatan strategik dan komitmen menyeluruh semua pihak bagi mewujudkan ekosistem persekolahan yang selamat.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keutamaan ketika ini ialah membina keyakinan masyarakat bahawa setiap murid sentiasa dilindungi dalam ekosistem sekolah yang selamat, sambil menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perkara yang mengganggu-gugat keselamatan fizikal mahupun emosi anak-anak.