Menara Kuantan 188 sudah bayar RM208,623.80 kepada Cafe Coach Empire

Iklan
Menara Kuantan 188 tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan yang tular di media sosial kononnya mereka gagal atau enggan menjelaskan bayaran kepada pihak Cafe Coach Empire. Foto hiasan

KUANTAN - Pengurusan Menara Kuantan 188 menjelaskan pihaknya sudah membuat pembayaran berjumlah RM208,623 kepada Cafe Coach Empire sejak kerjasama antara kedua-dua pihak bermula pada Mei 2024.

Penjelasan itu dibuat dalam satu kenyataan pada Rabu susulan isu yang tular di media sosial berhubung dakwaan Menara Kuantan 188 gagal membuat pembayaran kepada syarikat terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, pembayaran berkenaan dibuat selaras dengan urusan yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Kenyataan pengurusan Menara Kuantan 188.

Iklan

"Sehingga kini, hanya terdapat satu invois masih sedang diselesaikan berikutan beberapa perkara yang masih dalam proses perbincangan dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan, pihaknya telah beberapa kali menghubungi Cafe Coach Empire bagi mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan perkara yang masih tertangguh secara baik dan profesional.

Iklan

Jelas kenyataan itu, usaha berkenaan masih belum mendapat maklum balas sewajarnya sehingga kini.

"Pihak kami sentiasa komited untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara berhemah dan melalui saluran yang sewajarnya.

"Kita berharap semua pihak dapat mengelakkan penyebaran kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan reputasi mana-mana pihak sebelum perkara ini diselesaikan," kata kenyataan itu.