Sijil nikah Rohingya: Jakim, JAIN tidak pernah lantik Majlis Ulama Rohingya urus pernikahan

Iklan
Jakim menegaskan pihaknya mahupun JAIN tidak pernah melantik Majlis Ulama Rohingya untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan.

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya mahupun majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) tidak pernah melantik Majlis Ulama Rohingya untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan.

Menerusi kenyataan, Jakim memaklumkan semakan mendapati dokumen surat perakuan nikah yang tular bukan merupakan dokumen diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.

Iklan
Iklan

Tular sijil nikah Rohingya yang didakwa mempunyai kod Jakim.

ARTIKEL BERKAITAN: Sijil nikah Rohingya: Menteri Agama siasat dakwaan tertera kod Jakim

Iklan

Justeru, Jakim menggesa orang ramai supaya sentiasa membuat semakan dengan pihaknya dan JAIN sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui.

Sebelum ini, tular di media sosial sekeping surat perakuan pernikahan yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia, memaparkan kod"JAKIM.PERH/LN.800-7(5)", sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kaitan kod berkenaan dengan Jakim.

Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.