SHENZHEN (China) - Dokumen asal Lembaga Pengampunan sememangnya dikategorikan sebagai rahsia, namun proses penyahklasifikasian bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya dokumen berkenaan dicabar melalui proses mahkamah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kebiasaannya, permohonan atau cabaran melalui mahkamah terhadap dokumen berkenaan boleh membawa kepada proses penyahklasifikasian, manakala tarikh pelaksanaannya ditentukan kemudian.
Iklan
Iklan
"Mula rahsia, tetapi sebaik sahaja ada cabaran mahkamah, masa saya dulu saya tidak cabar keputusan Lembaga, saya cabar prosesnya,” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 di sini pada Khamis.
Anwar berkata, sekiranya terdapat persoalan atau masalah lain berkaitan perkara itu, ia boleh dirujuk kepada Jemaah Menteri.
Beliau mengulas laporan mengenai minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membincangkan pemberian tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang telah dinyahklasifikasikan. - Bernama