Lapan pelajar direman kes gaduh berpunca sebar gambar, video seks AI

Iklan
Lapan pelajar lelaki direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada dakwaan penyebaran gambar dan video berunsur seksual disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Foto Utusan.

TAWAU - Lapan pelajar lelaki direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada dakwaan penyebaran gambar dan video berunsur seksual disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Perintah reman sehingga 17 Julai itu dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin di Mahkamah Majistret Tawau, pada Rabu, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Iklan
Iklan

Berdasarkan keterangan kes yang dikemukakan di mahkamah, polis menerima maklumat mengenai satu rakaman video berdurasi 27 saat yang tular menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan pergaduhan membabitkan beberapa pelajar dengan seorang lelaki di kawasan kedai Batu 5, Jalan Apas.

Dalam kejadian itu, lelaki tersebut dipercayai menggunakan topi keledar sebagai senjata ketika pergaduhan berlaku.

Iklan

Susulan kejadian itu, sepasukan polis menahan semua pelajar berusia 13 dan 14 tahun kira-kira jam 3 petang semalam bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai tercetus susulan perselisihan berkaitan dakwaan penyebaran gambar dan video berunsur seksual yang disunting menggunakan teknologi AI.

Iklan

Kandungan berkenaan dipercayai menggunakan wajah dua individu sebelum didakwa tersebar di media sosial sehingga mencetuskan ketegangan antara pihak terbabit.

Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut polis mendapati tiada sebarang video suntingan AI seperti yang didakwa ditemui di mana-mana platform media sosial.

Dalam kejadian itu, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.