Bot nelayan langgar syarat lesen ditahan
Iklan
Maritim
KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sarawak menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menangkap ikan di perairan kira-kira 22 batu nautika dari Tanjung Sipang di sini, semalam, setelah melanggar syarat lesen.
Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, kapal Maritim Malaysia menerima aduan tentang bot berkenaan yang sedang melakukan penangkapan ikan di kawasan yang tidak dibenarkan bagi bot kelas C.
Iklan
Iklan
"Apabila pemeriksaan dijalankan ke atas bot berkenaan, anggota penguat kuasa mendapati kegiatan bot nelayan kelas C2 itu telah melanggar syarat lesen dan mereka telah ditahan kerana menangkap ikan di bawah jarak yang telah ditetapkan pada lesen, iaitu 30 batu nautika.
"Pemeriksaan juga mendapati tekong bot tersebut merupakan warganegara Thailand manakala tujuh orang awak-awak lain terdiri daripada enam warganegara Thailand dan seorang warga Kemboja. Penelitian ke atas dokumen pula mendapati dua daripada kru yang berada di atas bot itu tidak tersenarai dalam manifest,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Iklan
Teh berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melanggar syarat lessen dan kesemua tekong dan kru kapal terbabit telah dibawa ke jeti Kompleks Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk siasatan lanjut. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas"><meta itemprop="description" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNPitas #pelukIslam"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T10:14:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P224S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazyf52"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazyf52"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazyf52"></script>