Tiada lagi alasan tangguh RUU pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya - CSO
Iklan
Kenyataan media enam CSO pada Selasa.
SHAH ALAM - Kerajaan tidak lagi mempunyai alasan untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya selepas proses semakan serta libat urus menyeluruh dilaksanakan.
Enam kumpulan masyarakat sivil (CSO) dan individu menegaskan, RUU berkenaan perlu dibentangkan segera di Dewan Rakyat, manakala semua ahli Parlimen bertanggungjawab menyokong dan meluluskannya demi memastikan agenda reformasi institusi negara dapat direalisasikan.
Iklan
Iklan
Dalam kenyataan bersama pada Selasa, kumpulan berkenaan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatur pembentangan RUU itu pada sesi Parlimen minggu ini.
“Kami berpandangan tiada lagi alasan untuk RUU ini ditangguhkan di Dewan Rakyat.
Iklan
“Kini, tanggungjawab terpikul di bahu Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis Dewan Rakyat untuk memastikan RUU ini diteruskan perbahasannya," menurut kenyataan itu.
Kenyataan bersama berkenaan dikeluarkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Projek SAMA, Rasuah Busters dan pakar demokrasi berperlembagaan, Maha Balakrishnan.
Iklan
Mereka turut menggesa semua ahli Parlimen, senator dan parti politik menyokong reformasi institusi berkenaan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat serta kerajaan Persekutuan pada masa hadapan.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri, anggota Jemaah Menteri khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan ahli Parlimen pelbagai parti dalam Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) telah menjalankan tanggungjawab memastikan RUU itu disemak serta diteliti menerusi proses libat urus.
Kumpulan tersebut memberitahu, walaupun tidak semua cadangan diterima, JKPK bersetuju supaya Akta Pemberi Kuasa digubal segera bagi menetapkan dengan jelas proses pelantikan, tugas, kewajipan dan mekanisme akauntabiliti Pendakwa Raya kepada Parlimen.
Justeru, mereka menegaskan semua parti politik termasuk Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan parti lain perlu membuktikan kepentingan negara mengatasi sebarang percaturan politik.
“Kelemahan struktur yang selama ini membuka ruang kepada campur tangan politik, konflik kepentingan dan keraguan terhadap kebebasan institusi pendakwaan tidak boleh dibiarkan terus berakar,” ujarnya.
Tambah kenyataan itu, setiap parti politik pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan, namun tidak mengambil langkah sebelum ini bagi memastikan perkhidmatan pendakwaan awam beroperasi secara bebas, telus dan penuh akauntabiliti.
Justeru, setiap ahli Parlimen dan parti politik kini bertanggungjawab memperbetulkan kelemahan lalu dengan memastikan tiada pihak boleh mencampuri atau memanipulasi sistem pendakwaan dan undang-undang negara.
Kumpulan berkenaan menegaskan, Pendakwa Raya juga perlu dipastikan bertanggungjawab kepada rakyat menerusi Parlimen.
“Sejarah tidak akan menghakimi mereka berdasarkan janji dan teori, tetapi keberanian ahli Parlimen membuat keputusan penting ini apabila peluang reformasi sebenar kini berada di hadapan mata,” katanya.
Dalam pada itu, kumpulan berkenaan menegaskan mereka menolak sebarang usaha yang boleh melemahkan semangat pindaan, mencairkan prinsip reformasi atau menjadikannya sekadar formaliti tanpa mekanisme pelaksanaan berkesan.
sejawatnya dari negara Gajah Putih itu dan dijangka memperkukuh perdagangan rentas sempadan, khususnya bagi sektor pertanian dan perikanan negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787718/berita/nasional/perjanjian-baharu-bez-malaysia-thailand-buka-laluan-pasaran-ke-laos-kemboja-vietnam---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.