TEHERAN - Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata Isnin, pihaknya menyasarkan pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Jordan, Bahrain dan Kuwait sebagai pembalasan terhadap serangan AS ke atas wilayah pesisir pantai Iran awal hari itu, lapor Xinhua.
Dalam kenyataan yang diterbitkan oleh akhbar rasminya Sepah News, IRGC berkata, tentera AS telah melakukan serangan udara ke atas beberapa pangkalan tentera pantai pada petang Ahad selepas IRGC memintas dua kapal yang melanggar peraturan di Selat Hormuz.