Remaja hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas

Iklan
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas petang semalam selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berhampiran Taman Bayu Senibong.Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas petang semalam selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berhampiran Taman Bayu Senibong di sini.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Mohd Faiz Ramli berkata mangsa ditemukan pada jam 6.01 petang.

Iklan
Iklan

"Mangsa ditemukan oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) kira-kira 20 meter dari tebing pada kedalaman enam meter,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Faiz berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 3.31 petang semalam, melibatkan mangsa dan seorang rakan sebayanya.

"Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati seorang daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi masih hilang,” katanya. - Bernama

Iklan