PUTRAJAYA – Hari Sarapan MILO® Malaysia 2026 melabuhkan tirainya selepas berjaya menghimpunkan kira-kira 75,000 rakyat Malaysia menerusi siri jelajah di enam lokasi iaitu Sabah, Terengganu, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Putrajaya.
Acara kemuncak yang berlangsung di Dataran Putrajaya itu menyaksikan penyertaan 25,000 peserta bagi meraikan gaya hidup aktif, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memperkukuh semangat komuniti menerusi aktiviti sukan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, sukan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, keyakinan diri dan daya tahan generasi muda.
“Acara seperti Hari Sarapan MILO® Malaysia Putrajaya menyediakan platform bermakna untuk menggalakkan golongan belia serta keluarga mengamalkan gaya hidup aktif, selain meningkatkan penghargaan terhadap sukan dan aktiviti fizikal.
“Saya berasa terdorong melihat inisiatif yang menyatukan komuniti serta memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia muda untuk kekal aktif, sihat dan terlibat.
“Dengan sokongan rakan strategik seperti MILO®, kami berharap dapat terus membentuk generasi belia yang mempunyai minat terhadap sukan, menghargai kerja berpasukan dan menjadikan kehidupan aktif sebahagian daripada rutin harian mereka,” katanya.
Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen bersama antara sektor awam dan swasta dalam menggalakkan gaya hidup lebih sihat, memperkasa penyertaan belia dalam sukan, mengukuhkan hubungan kekeluargaan serta membina komuniti lebih rapat pada masa depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols berkata, sambutan kemuncak Hari Sarapan MILO® Malaysia 2026 di Putrajaya membuktikan semangat rakyat Malaysia dalam mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan aktif.
“Sejak 2013, kami memperjuangkan inisiatif ini kerana percaya tabiat sihat, daripada kekal aktif hingga menyertai aktiviti sukan, membantu membentuk individu yang yakin dan berdaya tahan.
“Apa yang paling memberi inspirasi kepada saya hari ini ialah apabila berbual dengan keluarga yang memberitahu mereka akan kembali menyertai acara ini setiap tahun, selain melihat ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek mengambil bahagian bersama-sama.
“Momen seperti ini mengingatkan kita bahawa tabiat sihat tidak terbina dalam sekelip mata, tetapi melalui pilihan harian yang dibuat bersama keluarga. Kami menghargai sokongan berterusan kerajaan dalam merealisasikan visi bersama untuk memajukan sukan dan kesejahteraan di Malaysia,” katanya.
Selain larian di seluruh negara, acara itu turut mengukuhkan kedudukan MILO® sebagai sebahagian daripada detik bermakna keluarga serta legasi yang menghubungkan generasi, bukan sekadar minuman sarapan.
Peserta, Tan Li Yuet, 24, yang menyertai program berkenaan buat kali keempat bersama 35 ahli keluarga dan rakan berkata, MILO® telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya sejak kecil.
“Saya masih mengingati pengalaman menyertai larian MILO® bersama ibu ketika saya kecil.
“Pengalaman itu sangat bermakna dan memberi inspirasi kepada saya untuk terus menjadi sebahagian daripada acara ini selama bertahun-tahun.
“Tahun ini, saya datang bersama 35 ahli keluarga dan rakan, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna kerana kami kekal aktif serta mencipta kenangan bersama,” katanya.
Sementara itu, Mayang Misnan, 41, yang menyertai larian dengan pakaian bertemakan pari-pari bersama rakan-rakannya berkata, aktiviti itu bukan sekadar untuk menamatkan laluan larian, tetapi turut mencipta momen menggembirakan serta menyebarkan aura positif.
Katanya, berlari bukan hanya tentang melengkapkan laluan, tetapi juga mencipta momen menyeronokkan dan berkongsi kegembiraan bersama orang di sekeliling.
“Kami memilih pakaian bertema kerana mahu membawa lebih banyak keseronokan dan keceriaan, sama seperti bagaimana MILO® sentiasa menjadi sebahagian daripada banyak momen menggembirakan rakyat Malaysia.
“Ini kali kedua kami menyertai Hari Sarapan MILO® Malaysia. Tahun lalu kami hadir dengan tema berbeza dan sangat seronok sehingga kami tidak sabar untuk menyertai larian ini lagi tahun depan dengan tema lebih kreatif,” katanya.
Manakala Joyce Teoh, 33, yang datang dari Pulau Pinang berkata, beliau sanggup melakukan perjalanan jauh semata-mata untuk menyertai acara berkenaan bersama rakan-rakan.
Menurutnya, datang jauh dari Pulau Pinang kerana mahu menjadi sebahagian daripada pengalaman menyeronokkan dan bermakna bersama rakan-rakan.
“MILO® sentiasa menjadi minuman kegemaran saya sejak kecil dan ia membawa kembali kenangan nostalgia.
“Sebagai tanda penghargaan kepada MILO®, saya memilih memakai pakaian dinosaur untuk membawa lebih kreativiti, keseronokan dan tenaga positif kepada acara ini. Memandangkan ini larian santai, saya percaya semua orang perlu menikmati perjalanan sambil mencipta kenangan indah dan kekal aktif,” katanya.
Dalam pada itu, empat pendidik muda daripada latar belakang berbeza kembali menyertai Hari Sarapan MILO® Malaysia buat kali kedua berturut-turut dengan misi sama untuk memberi inspirasi kepada generasi akan datang mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Salah seorang peserta, Dhama Dharishini, 28, berkata, peranan guru bukan sahaja terhad di dalam bilik darjah, malah menjadi contoh kepada pelajar.
Menurutnya, pelajar sering mendapat inspirasi daripada apa yang mereka lihat daripada guru, walaupun datang daripada latar belakang berbeza, mereka disatukan oleh matlamat sama iaitu memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk menjalani kehidupan lebih sihat dan aktif.
“Justeru, kami mahu menjadi contoh positif dengan mengamalkan gaya hidup aktif dan menjadikan sarapan berkhasiat sebahagian daripada rutin harian.
“Kami menghargai MILO® kerana menyatukan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang menerusi acara yang meraikan kesihatan, komuniti dan kebersamaan.
“Kami berharap lebih ramai kanak-kanak serta rakyat Malaysia muda memahami bahawa kehidupan sihat bermula dengan tabiat mudah seperti mengambil sarapan berkhasiat dan kekal aktif,” katanya.
Dhama menyertai larian itu bersama rakan pendidik lain iaitu Ronald Joseph Pillai, 27; Narveen Kaur Dhillon, 27 dan Syifa’ Adawiyah, 26.
Acara berkenaan berjaya menghimpunkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan kehidupan aktif, selain mencipta kenangan bermakna menerusi hubungan kekeluargaan serta memperkukuh hubungan komuniti di seluruh negara.
MILO® akan meneruskan usaha memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya generasi muda untuk mengamalkan tabiat lebih sihat serta menyumbang kepada pembinaan komuniti lebih kukuh dan sihat pada masa depan.