PRN Johor: Pas akui kelemahan, muhasabah selepas gagal pertahan tiga kerusi

Iklan
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas mengakui kegagalan mempertahankan tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki, khususnya daripada aspek penyelarasan organisasi, kekuatan jentera dan kesatuan dalaman.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu perlu dijadikan medan muhasabah buat Pas dan Perikatan Nasional (PN) bagi memperkukuhkan persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, post mortem yang menyeluruh akan dilakukan supaya persediaan menghadapi PRN Negeri Sembilan serta pilihan raya seterusnya menjadi lebih tersusun dan berkesan.

Pada masa sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, atas kejayaan mengekalkan pentadbiran Johor.

Iklan

Menurutnya, walaupun Pas dan PN gagal mempertahankan tiga kerusi yang dimenangi sebelum ini, keputusan rakyat hendaklah diterima dengan hati terbuka serta dijadikan asas untuk bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan.

 

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit

Dua faktor kemenangan BN

[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16

BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR

[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor

[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa

SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial

Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor

[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir

PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan

Mengulas perkembangan selepas PRN Johor, Tuan Ibrahim berkata, tumpuan kini beralih kepada janji-janji yang dibuat sepanjang tempoh berkempen.

Beliau berkata, antara yang mendapat perhatian ialah kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming, yang berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Pakatan Harapan (PH) gagal mencapai sasaran pada PRN Johor.

"Sudah semestinya rakyat sedang menunggu sama ada janji tersebut akan ditunaikan. Pemimpin DAP ini perlulah menunaikan janji yang dilafazkan.

Tuan Ibrahim berkata, keputusan PRN Johor turut memperlihatkan PH masih gagal memulihkan keyakinan rakyat apabila bukan sahaja gagal menawan Johor, malah kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi sebelum ini.

Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerap turun berkempen sepanjang PRN itu, kehadiran beliau masih belum cukup untuk meyakinkan kembali rakyat.

Selain itu, beliau berpandangan kemunculan parti baharu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masih belum berjaya menawarkan alternatif yang benar-benar diyakini rakyat, manakala pertandingan pelbagai penjuru pula telah memecahkan undi pembangkang dan memberikan kelebihan kepada BN.

Tuan Ibrahim turut berpandangan keputusan PRN Johor memberi isyarat Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) berkemungkinan besar tidak akan diadakan dalam masa terdekat, sebaliknya kerajaan dijangka meneruskan pentadbiran sehingga hampir tamat penggal bagi memanfaatkan kelebihan semasa.

Katanya, kemenangan besar BN juga menjadikan parti itu memiliki pengaruh semakin besar dalam menentukan dasar dan hala tuju kerajaan Persekutuan serta akan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan PH-BN.