[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor

Iklan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun (tengah) ketika Sidang Media berhubung keputusan penuh bagi Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. Foto Bernama.

ISKANDAR PUTERI - Barisan Nasional (BN) secara rasmi menang dengan majoriti besar 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16 pada Ahad.

Pengumuman rasmi itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang media SPR di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.

Iklan
Iklan

"Berikut adalah keputusan penuh PRN Johor Ke-16 yang telah dijalankan dengan bebas, adil dan telus.

"BN memperolehi 48 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi," katanya.

Iklan

Menurut Ramlan, pada PRN Johor Ke-16 ini, seramai 1.87 juta atau 68.73 peratus telah keluar mengundi.

Katanya jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa yang telah mengundi.

Iklan

"Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung pada 11 Julai 2026 dan pengundi-pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

"Pada PRN Johor 16 juga tidak berlaku sebarang perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya.

"Dalam melaksanakan urusan pilihan raya, SPR sentiasa mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Untuk keterangan lanjut berkenaan keputusan PRU Dewan Negeri Johor Ke-16, sila layari dashboard.spr.gov.my atau menerusi aplikasi MySPR Semak.

Keputusan PRN Johor ke 16, BN berjaya merampas semula lapan kerusi DUN Pakatan Harapan (PH) termasuk Johor Jaya (DAP), Perling (DAP), Bukit Batu (DAP), Jementah (DAP) dan Tangkak (DAP).

BN turut merampas kerusi Perikatan Nasional (PN) iaitu Bukit Kepong, Endau dan Maharani.