Remaja 15 tahun diperkosa bergilir-gilir 27 lelaki

Iklan
Seramai 12 suspek telah ditahan manakala 15 yang lain masih diburu. Foto Agensi

SAMPANG - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berdepan detik hitam selepas dia diperkosa bergilir-gilir kira-kira 27 lelaki.

Perbuatan tidak bermoral itu menggemparkan Kabupaten Sampang, Madura, Jawa Timur di Indonesia.

Iklan
Iklan

Ia didedahkan Kapolres Sampang, AKBP Hartono yang mendakwa mangsa dinodai sejak Januari lalu dan keluarganya bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa pada akhir bulan lalu selepas mengetahui tentang kejadian tersebut.

"Mangsa 'diculik' beberapa kali untuk memuaskan nafsu serakah mereka," ujarnya.

Iklan

Siasatan awal mengenal pasti 27 pelaku dan seramai 12 daripadanya sudah diberkas.

"Mereka berusia antara 13 dan 42 tahun. Seramai 15 lagi suspek masih diburu pihak berkuasa. Mangsa tidak mengenali kesemua pelaku tersebut," jelasnya lagi. - Agensi

Iklan