Pemandu, kelindan lori tunda tersepit nahas tiga kenderaan

Iklan
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di sini pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Pemandu dan kelindan sebuah lori tunda cedera selepas tersepit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Terowong Jalan Loke Yew menghala ke pusat bandar di sini pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 berhubung kejadian itu pada jam 4.08 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah serta BBP Pudu bergegas ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan dua lori tunda dan sebuah kereta Perodua Myvi," katanya.

Iklan

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di sini pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an berada dalam keadaan tersepit di dalam salah sebuah lori tunda.

Iklan

"Seorang mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki manakala seorang lagi mengalami kecederaan di bahagian kepala serta patah kaki," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sedar sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Operasi menyelamat tersebut tamat sepenuhnya pada jam 5.42 pagi," katanya.