BAHANG Piala Dunia FIFA 2026 yang semakin memuncak terus dimeriahkan dengan pelbagai inisiatif, terbaharu menerusi kempen Pepsodent Best Defender X Mydin, berlangsung di ruang legar pusat membeli belah Mydin di sini.
Pelbagai aktiviti bertemakan bola sepak berlangsung dalam suasana meriah dengan pelbagai permainan interaktif, demonstrasi bola sepak gaya bebas oleh pemain street soocer dan freestyler terkenal, Zeem Ahmad, selain aktiviti yang membolehkan pengunjung merasai sendiri kemeriahan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.
Pengunjung turut berpeluang mencuba pelbagai permainan, melihat rangkaian produk penjagaan kesihatan mulut Pepsodent serta membawa pulang cenderamata rasmi FIFA menerusi pembelian produk terpilih.
Ketua Pemasaran Pepsodent Malaysia, Phoebe Tay berkata, kempen tersebut diadakan bersempena peranan Pepsodent sebagai penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2026, menggabungkan dua perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia iaitu bola sepak dan budaya berkumpul bersama keluarga serta rakan-rakan ketika menyaksikan perlawanan.
Menurutnya, Piala Dunia bukan sekadar mengenai aksi di atas padang, malah menjadi detik yang menghimpunkan keluarga dan rakan-rakan untuk meluangkan masa bersama.
"Dengan kebanyakan perlawanan berlangsung hingga lewat malam, rutin seperti penjagaan kesihatan mulut kadangkala terabai apabila keluarga terlalu leka menikmati kemeriahan perlawanan.
"Di sinilah Pepsodent tampil sebagai pelindung terbaik keluarga daripada kaviti.
"Melalui kempen ini, kami mahu menggalakkan keluarga terus menjaga kesihatan mulut sambil menikmati musim bola sepak dengan penuh keyakinan untuk terus tersenyum," katanya ketika berucap merasmikan kempen tersebut, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bersama Pengarah Eksekutif Mydin, Datuk Murad Ali Mydin Mohamed.
Dalam pada itu Phoebe Tay menambah, sebagai sebahagian daripada kempen, pengunjung boleh menyertai pelbagai permainan interaktif serta aktiviti menarik, di samping menikmati hadiah eksklusif termasuk barangan rasmi FIFA bagi setiap pembelian produk Pepsodent bernilai RM15 dan ke atas.
"Bola sepak mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menyatukan masyarakat. Melalui kempen ini, kami mahu menjadi sebahagian daripada detik-detik istimewa tersebut, bukan sekadar sebagai sebuah jenama, tetapi sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia," katanya