MyGig Johor tekad perkasa kebajikan komuniti gig negeri
Iklan
DATUK WIRA SHEIKH AHMAD NAFIQ ALFIRDAOUS
JOHOR BAHRU – Majlis Ekonomi Gig Johor (MyGig Johor) terus memperkukuhkan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan serta pembangunan komuniti e-hailing dan p-hailing di negeri ini menerusi pelbagai inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan, perlindungan sosial, keselamatan dan pembangunan profesionalisme penyedia perkhidmatan.
Pengerusi MyGig Johor, Datuk Wira Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous berkata, penubuhan MyGig Johor yang bernaung di bawah Majlis Ekonomi Gig Malaysia merupakan satu langkah penting bagi memastikan suara komuniti ekonomi gig di Johor terus diberi perhatian selaras dengan perkembangan pesat sektor tersebut.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, industri ekonomi gig kini menjadi antara penyumbang penting kepada ekonomi negara dan memerlukan sokongan dasar serta ekosistem yang lebih tersusun demi menjamin masa depan lebih mampan kepada penyedia perkhidmatan.
"MyGig Johor bukan sekadar sebuah organisasi, tetapi sebuah platform yang menghimpunkan suara komuniti e-hailing dan p-hailing bagi memastikan setiap isu yang dihadapi mendapat perhatian sewajarnya.
Iklan
"Kami mahu memastikan pembangunan industri ini berlaku secara adil, inklusif dan mampan supaya penyedia perkhidmatan dapat menikmati peluang ekonomi yang lebih baik tanpa mengabaikan aspek kebajikan dan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sheikh Ahmad Nafiq berkata, antara agenda utama yang akan diberikan perhatian oleh MyGig Johor ialah memastikan struktur tambang e-hailing dan kadar upah p-hailing yang lebih adil serta mengambil kira peningkatan kos operasi semasa.
Iklan
Selain itu katanya, MyGig Johor juga akan memperkukuhkan perlindungan insurans dan kebajikan komuniti gig, meningkatkan profesionalisme melalui latihan, pensijilan dan pembangunan kompetensi serta memperkasa aspek keselamatan pengguna dan penyedia perkhidmatan menerusi pematuhan piawaian industri.
"MyGig Johor juga komited menggalakkan tadbir urus industri yang lebih telus menerusi kerjasama strategik antara kerajaan, agensi berkaitan, platform digital dan komuniti gig sendiri.
"Kita tidak boleh membangunkan ekonomi gig secara bersendirian. Ia memerlukan kerjasama semua pihak supaya dasar yang diwujudkan benar-benar memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan dan pada masa sama meningkatkan keyakinan pengguna," ujarnya.
Dalam masa sama, Sheikh Ahmad Nafiq berkata, Majlis Perasmian Hub Recharge Rider yang bakal berlangsung esok di Pusat Komuniti Kempas, dijangka menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan ekosistem ekonomi gig di Johor melalui penyediaan kemudahan dan sokongan kepada komuniti penghantar serta pemandu e-hailing.
Menurut beliau, antara inisiatif yang bakal dilaksanakan ialah pewujudan Rider Recharge Hub, penganjuran latihan peningkatan kemahiran, program kebajikan serta sesi libat urus secara berkala bersama pemain industri bagi memastikan keperluan komuniti sentiasa diberi perhatian.
Tambahnya, kewujudan Rider Recharge Hub bukan sekadar menyediakan ruang rehat kepada komuniti penghantar dan pemandu, malah bakal menjadi pusat interaksi, perkongsian ilmu serta medium penyampaian maklumat berkaitan kebajikan dan pembangunan kerjaya dalam sektor ekonomi gig.
"Kami mahu Rider Recharge Hub menjadi simbol bahawa komuniti gig dihargai. Ia bukan hanya tempat untuk berehat, tetapi menjadi pusat yang menghubungkan komuniti dengan pelbagai peluang pembangunan diri, latihan, khidmat kebajikan dan jaringan industri.
"Inilah permulaan kepada usaha yang lebih besar. MyGig Johor berazam menjadi peneraju dalam membangunkan ekosistem ekonomi gig yang progresif dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain," katanya.
Sheikh Ahmad Nafiq menegaskan, MyGig Johor akan terus memainkan peranan sebagai jambatan antara komuniti e-hailing dan p-hailing dengan pihak kerajaan, agensi berkaitan serta pemain industri bagi memastikan sektor ekonomi gig terus berkembang secara mampan demi manfaat penyedia perkhidmatan, pengguna dan pembangunan ekonomi Johor secara keseluruhannya.
Program ternakan arnab di bawah inisiatif Sejati Madani di Kampung Sungai Muda yang bermula dengan hanya 50 ekor arnab dua tahun lalu, kini berkembang kepada 600 ekor, sekali gus membuka peluang kepada golongan asnaf menjana pendapatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Muda, Mohd Adli Othman berkata, projek itu menerima geran Sejati Madani berjumlah RM100,000 daripada Jabatan Perdana Menteri pada 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786841/edisi/johor/projek-ternakan-arnab-bantu-tingkat-taraf-hidup-asnaf
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Sebidang tanah terbiar yang dahulunya menjadi tempat longgokan sampah di Kampung Sungai Abong, Muar berjaya ditransformasikan menjadi projek tanaman cili fertigasi yang menjana pendapatan dan menyokong aktiviti kemasyarakatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Abong, Ab Kahar Mashuri berkata, projek di bawah inisiatif Sejati Madani tu mula dilaksanakan pada November 2024 dengan tanaman cili jenis Sakata dan Sentil di kawasan seluas kira-kira 1.5 ekar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786836/edisi/johor/bekas-tapak-longgokan-sampah-kini-jana-hasil-cili-fertigasi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.