Isu Balai Undang Luak Rembau: Polis gesa semua pihak bertenang

Iklan
Kelihatan beberapa kenderaan berada di luar Balai Rasmi Undang Luak Rembau. Foto ihsan pembaca

SEREMBAN - Polis menasihatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan suasana yang boleh menyebabkan kegusaran kepada orang ramai susulan notis pengosongan Balai Undang Luak Rembau dalam masa 24 jam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan dengan memastikan ketenteraman awam bukan sahaja di Rembau tetapi di seluruh Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Pihak polis khusus Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau sentiasa membuat pemantauan apa sahaja sebarang tindakan ataupun apa-apa perbuatan daripada mana-mana pihak boleh mencetuskan sebarang kekecohan.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan, keadaan terkawal, namun semua pihak diharap dapat menerima krisis ini dengan penuh kematangan.

Iklan

Mengulas mengenai notis pengosongan dalam tempoh 24 jam, Alzafny berkata, tindakan berkenaan adalah melalui bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah Rembau.

"Sekiranya pihak kita diminta untuk membantu kepada tindakan terbabit (pengosongan), sudah tentunya keutamaan kami adalah untuk memastikan bahawa sebarang kejadian itu tidak menimbulkan apa-apa kekecohan.

Iklan

"Pihak kita juga sentiasa menasihati semua pihak supaya menangani isu ini dengan penuh hemah dan mengikut lunas undang-undang," katanya.

Sementara itu peguam, Emirul Sarifudin Nor Azmi yang mewakili Dato' Sedia Raja Abdul Rahim Yasin berkata, menerusi perbincangan dengan Pegawai Daerah Rembau, mereka bersetuju untuk mendapatkan perintah milikan kosong (writ milikan) daripada mahkamah supaya perkara itu diputuskan mengikut saluran undang-undang.

"Pagi tadi saya telah mesyuarat dengan pihak pegawai daerah dan telah diputuskan bahawa mereka tidak akan menggunakan pendekatan paksaan dan akan memohon kepada pihak Penasihat Undang-Undang Negeri untuk memfailkan permohonan ke mahkamah bagi mendapatkan milikan kosong supaya perkara ini dapat diputuskan mengikut saluran undang-undang.

"Namun saya dimaklumkan beberapa kumpulan orang dipercayai penyokong Haji Hassan sedang berada dan berkumpul di hadapan Balai Undang Luak Rembau," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak agar menghormati proses undang-undang dan tidak membuat sebarang provokasi yang boleh memecah keamanan.

Jelasnya, Abdul Rahim telah dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau pada 22 Ogos 2024 oleh Punca Kuasa Luak Rembau dan telah diabsahkan secara rasmi melalui sidang Dewan Keadilan dan Undang(DKU) pada 4 Julai 2025.

"Sehingga hari ini tiada nasihat lain oleh sidang DKU berkenaan kedudukan beliau sebagai Undang," katanya.