Kerajaan sudah bayar RM42.5b hutang dan komitmen 1MDB, masih perlu tanggung RM51.4b - MoF

Iklan
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Kerajaan membayar sebanyak RM42.5 bilion bagi melunaskan hutang dan komitmen 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk bayaran prinsipal, faedah, kos guaman, kos operasi serta komitmen lain, kata Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.

Beliau berkata, kerajaan juga masih bertanggungjawab menanggung Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk Islamic Medium Term Notes) yang dijamin kerajaan berjumlah RM8.9 bilion.

Iklan
Iklan

Komitmen itu meliputi bayaran prinsipal sebanyak RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion yang akan matang pada 2039, katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Iklan

Chin Tong berkata, secara keseluruhan, tanggungan 1MDB yang telah dan masih perlu ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, manakala dana berkaitan 1MDB yang berjaya diperoleh semula sebanyak RM31.3 bilion.

"Sekiranya tiada lagi pemulangan dana pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki sebanyak RM20.1 bilion daripada keseluruhan obligasi tersebut," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah keseluruhan hutang 1MDB yang ditanggung Kerajaan Persekutuan serta jumlah yang telah dibayar bagi melunaskan hutang berkenaan setakat ini.- Bernama